Inilah Reaksi Awal Ashaari Yang Mencuit Hati Tentang Lakonan Isterinya!

Sharing is caring!

Seperti yang umum tahu, pelakon Scha Al-Yahya kini kembali aktif dengan drama yang terbaru siaran Astro iaitu Isteri vs Tunang. Malah, apabila ditanya tentang berlakon bersama Awal Ashaari, Inilah Komen Mengejutkan Scha Al Yahya Mengenai Berlakon Bersama Suami!

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tweet dan juga gambar yang dimuat naik di instagram peribadi Awal Ashaari seolah-olah memberikan reaksi terhadap setiap jalan cerita drama tersebut.

Perjalanan cerita drama ini agak rumit tetapi apa yang sentiasa menjadi perhatian Awal adalah roller yang dipakai oleh pelakon Liza Abdullah yang memegang watak ibu kepada Scha. Bahkan, tweet Awal pasti disertakan dengan hastag #teamlizadollah

Apapun, drama Isteri vs Tunang yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis ini pada jam 10 malam mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Rasanya setakat ini, antara banyak-banyak drama bersiri yang lain, ini adalah drama yang terbaik arahan Michael Ang.

Leave a Comment