Min Ah kongsi rahsia kecantikan

Sharing is caring!

Kejelitaan aktres Shin Min Ah jadi impian ramai wanita tetapi dia tidak keberatan berkongsi pendapatnya mengenai apa yang dikecapi dalam hidupnya selama ini.
Min Ah yang kini beraksi dalam drama , Oh My Venus berkata, dia menemui ketenangan diri dan tidak lagi perlu berfikir mahu kelihatan cantik.

“Ketenangan yang saya peroleh bagus untuk orang sekeliling dan saya sendiri. Cinta itu sangat penting dalam hidup, ibarat bunga kehidupan.
“Sebab itu saya fikir manusia lebih cantik apabila dilamun cinta. Tidak dinafikan ada perubahan rupa apabila usia meningkat tapi keyakinan daripada dalam yang membuatkan setiap insan itu cantik,” katanya.

Leave a Comment