
Kalangan warga internet (netizen) terkejut melihat gambar bekas kekasih Jackie Chan, Elaine Ng sedang berkongsi rokok dengan anak perempuannya Etta Ng yang baru berusia 16 tahun, baru-baru ini.
Menurut JayneStars, Etta memuat naik gambar itu di media sosial dan menulis:
“Ibu saya adalah pengaruh terbaik.” Entri menggemparkan itu turut menarik perhatian media kerana had umur minimum merokok yang dibenarkan mengikut undang-undang Hong Kong ialah 18 tahun.
Masih tidak jelas sama ada kejadian itu adalah jenaka semata-mata, namun gambar berkenaan mencetus banyak persoalan mengenai cara Elaine mendidik anaknya hingga dituduh mendera kanak-kanak.
Elaine melahirkan Etta selepas menjalinkan hubungan sulit dengan Jackie Chan pada 1990-an.