TAHNIAH! Angah Raja Lawak Dan Amira Asyura Sah Bergelar Suami Isteri

Sharing is caring!

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak Angah Raja Lawak, 38, yang telah selamat bergelar suami kepada Amira Asyura Abd Razak, 20 dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan Angah Raja Lawak dan Amira Asyura telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan bertempat di Melaka Perdana Homes Resort.

Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim menggayakan kurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kahwin seutas rantai emas dan sebutir loket berlian selain wang hantaran RM15,000.

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat! Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis perkahwinan Angah Raja Lawak dan Amira Asyura berlangsung.

Leave a Comment