TAHNIAH! Tya Adnan Hamil 3 Bulan, Shukri Yahya Kongsi Rasa Teruja Bakal Bergelar Bapa

Sharing is caring!

Alhamdulillah! Setelah sah bergelar suami isteri pada 20 November tahun lalu, kini isteri kepada pelakon kacak Shukri Yahya iaitu Tya Adnan kini hamil 3 bulan setelah . TAHNIAH!

Berita tersebut diketahui sekitar Disember tahun lalu. Menurut Shukri Yahya beliau akui teruja apabila mendapat tahu isterinya itu hamil dan pelabagai rasa menyelubungi dirinya apabila menerima berita gembira itu namun bersedia menggalas amanah besar yang diberikan Allah itu.

Sentiasa berdoa supaya semua urusan menjelang detik bermakna untuk dirinya dan isteri dipermudahkan, Shukri mengimpikan dikurniakan cahaya mata lelaki sebagai penyeri rumah tangga yang dibina pada 20 November lalu namun tidak terlalu berharap sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah.

TAHNIAH diucapkan buat Shukri Yahya dan Tya Adnan yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Didoakan semoga Tya Adnan diberi kesihatan yang baik sepanjang hamil dan dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti.

Leave a Comment