Demi Menjaga Kesihatan, Inilah Yang Terjadi Kepada Najwa Latif!

Sharing is caring!

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untuk Dia feet Sleeq pada suatu masa dulu, Najwa Latif kini kembali dengan lagu yang baru. Ketika dulu Populariti Najwa Latif Makin Menurun? adalah disebabkan oleh kekangan waktu antara belajar dan menyanyi.

Namun, Najwa yang nampak tampil berbeza dari dulu mengakui bahawa dia mengamalkan diet sejak beberapa bulan yang lalu atas nasihat ibunya.

Malah, Najwa menyangkal anggapan orang bahawa dia kurus kerana ingin cantik tetapi hanya kerana ingin menjaga kesihatan diri. Gara-gara berat badan semakin meningkat membuatkan Najwa mengambil keputusan untuk berdiet dan kini dia berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg.

Mengenai perkembangan terbaru, Najwa baru sahaja muncul dalam video klip lagu Mandarin terbaru, Ni Bu Zhi Dao De Shi yang kini sudah dimuat naik di Youtube.

Rata-rata peminat memberikan respon yang positif terhadap video klip tersebut. Video klip yang dimuat naik pada lima hari yang lepas sudah mendapat kira-kira 17 ribu penonton.

Menurut Najwa, lagu saduran berbahasa Mandarin itu adalah salah satu cara dia merakam kenangan ketika menyanyi bersama penyanyi terkenal Taiwan iaitu Wang Lee Hom pada tahun 2013.

Apapun, semoga usaha Najwa untuk menghasilkan lagu bahasa lain berbaloi. Malahan, Najwa juga bakal keluar dengan single terbaru iaitu Biar tidak lama lagi.

Leave a Comment