“Jangan cakap akak tak jaga suami”- isteri Bung Moktar

Sharing is caring!

PETALING JAYA: Isteri kepada Datuk Bung Moktar Radin, Zizzie Ezzette menegaskan beliau menjaga suaminya yang sedang mendapatkan rawatan lanjutan di sebuah hospital di ibu negara.

“Jangan cakap akak tak jaga suami”- isteri Bung Moktar
“Jangan cakap akak tak jaga suami”- isteri Bung Moktar

Katanya, tidak semua apa yang dilakukan untuk suaminya perlu dimuatnaik di laman sosial.




Katanya lagi, tidak bermakna beliau tidak menyayangi Ahli Parlimen Kinabatangan itu hanya kerana tidak memuatnaik di laman sosial apa yang dilakukan untuk suaminya.

“jangan cakap akak tak jaga suami, ada benda tak perlulah nak dipost, kalau tak post bukan tak sayang, dan jangan cari dosa,” tulis Zizie di akaun Intagramnya.

Pelakon itu dipercayai menulis status itu kerana menjawab tuduhan beliau tidak menjaga suaminya di hospital kerana kelibatnya tidak kelihatan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan-rakan Bung Moktar datang melawat.

Menerusi status lain pula, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu memuat naik gambar menyiapkan juadah makan untuk suaminya.

“Asam pedas Sabah style! Satu bergaram dan bergula, satu lagi kurang garam tiada gula. Faham-fahamlah orang baru nak sihat ini semua kena dikurang-kurangkan. Kasih sayang saja yang bertambah,” tulisnya.

Bung Moktar sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Prince Court selepas menjalani pembedahan buang pinggang di China.

Beliau dilaporkan beransur sihat dan dinasihat supaya berehat selama tiga bulan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI








Leave a Comment