MENARIK! Majlis Pernikahan Anzalna Nasir, Haniff Zaki

Sharing is caring!

 Tahniah diucapkan kepada pelakon Anzalna Nasir yang baru sahaja sebentar tadi sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohamad Haniff Zaki, 28, dengan sekali lafaz.

Anzalna Nasir dan Haniff Zaki telah selamat dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dimana telah dihadiri oleh keluarga dan tetamu terdekat.

Dalam majlis yang cukup bersejarah itu, pihak pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 selain menerima 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 27 Februari di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.

TAHNIAH! Semoga perkahwinan yang dibina Anzalna Nasir dan Haniff Zaki berkekalan hingga ke jannah. Cepat-cepat timang cahaya mata tau. Hiks! :p

Leave a Comment