MENGEJUTKAN! Hetty Sarlene Bakal Nikahi Pemuda Dari Britain?

Sharing is caring!

Sudah lama menyepikan diri dari industri seni, pelakon yang pernah popular dalam drama Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dikatakan bakal bernikah tidak lama lagi. Bahkan, sebelum ini telah tersebar 4 Gambar Mesra Hetty Sarlene Bersama BF Mat Salleh!

Melalui gambar yang dimuat naik di instagram peribadi beliau menunjukkan bahawa Hetty sedang menghitung hari untuk dinikahkan dengan seorang pemuda kelahiran Britain yang bernama Danial Oakes.

Difahamkan sebelum ini Hetty telah bertunang dengan pemuda tersebut pada Disember tahun lalu di London dan dijangkakan akan bernikah pada pertengahan tahun ini di Singapura.

Malahan, Hetty juga turut memuat naik gambar bersama tunangnya itu beserta kapsyen yang penuh romantik buat bakal suaminya itu.

Apapun, semoga perkahwinan Hetty bersama jejaka pilihan hati akan berjalan lancar nanti.

Leave a Comment