Sukan rakyat meriahkan sambutan hari lahir Erra

Sharing is caring!

Erra Fazira diraikan sekali lagi petang semalam sempena hari lahirnya yang jatuh pada 9 Februari lalu. Kali ini, wanita 42 tahun itu diraikan oleh kelab peminatnya. Acara Jom Lepak Lenjan Bersama Erra itu diadakan sekitar jam empat petang di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan berakhir sekitar jam 7 malam. Selain meraikan hari lahir Erra, bintang jelita yang turut menerima pencalonan awal pada Anugerah Bintang Popular BH 29 itu juga meluangkan masa bermain sukan rakyat bersama peminatnya. Antaranya, lari dalam guni, tarik bola dalam gelung, terompah gergasi dan tarik tali. Acara itu dianjurkan syarikat perniagaan milik Erra sendiri iaitu RarabyErraFazira selain menerima tajaan daripada beberapa pihak seperti Adabi dan AinaCoPartyNSuch. Turut menarik perhatian ialah kek patung barbie mirip Erra yang dihasilkan oleh Ibrahim Aisar.

Leave a Comment