Anzalna Nasir Dan Suami Dedah Rahsia Kisah Percintaan Mereka Yang Sangat SWEET!

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsung majlis menyatukan dua hati antara pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Dengan hanya sekali lafaz, Anzalna Nasir Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Haniff Zaki. Namun, suami kepada Anzalna, Hanif telah berkongsi cabaran yang terpaksa dilaluinya untuk memikat Anzalna 10 tahun yang lalu.

Jangka masa perkenalan yang agak lama memberikan mereka ruang untuk mengenal hati budi dengan lebih mendalam. Mereka berkenalan di laman sosial Myspace pada tahun 2006 namun terputus apabila Anzalna berpindah ke Australia.

Kemudian mereka diketemukan semula di laman sosial Facebook yang pada ketika itu Anzalna sudah bergelar seorang artis. Walaupun, Hanif mengakui kurang berkeyakinan untuk mendekati Anzalna namun mungkin jodoh mereka kuat sehinggakan mereka kini sudah bergelar suami isteri.

Ketika mereka berkenalan secara lebih rapat, Anzalna mengakui bahawa dia bertindak menjual mahal kepada suaminya itu keran dia jenis sukar untuk mempercayai lelaki.

Betul kata orang, kalau sudah jodoh memang tak kemana. Apapun, selamat pengantin baru buat Anzalna dan Hanif dan semoga kekal ke akhir hayat.

Leave a Comment