BIKIN PANAS! Janna Nick Kecewa Dengan Sikap Pengacara TV Wanita??

Sharing is caring!

Janna Nick adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebelum ini, pelakon yang pernah popular dalam drama Kau Aku Kita pernah dikatakan  Mula Tunjuk Taring??

Janna telah meluahkan perasaan kecewa apabila seorang pengacara tv wanita yang dikatakan bersikap sombong gara-gara Janna menanyakan nama program tersebut sebelum ditemu bual.

Disebabkan sikap kurang senang itu telah menimbulkan perasaan kurang enak dalam diri Janna dan sekaligus Janna menganggap pengacara tersebut tidak bersikap professional.

Malah, Janna memberitahu bahawa sepanjang program tersebut berlangsung, pengacara tersebut bersikap dingin dengannya.

Namun, Janna beranggapan bahawa pengacara tersebut mungkin mengalami masalah peribadi yang lain. Malah, dia juga akan lebih berhati-hati ketika bercakap supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak.

Apapun, mungkin ini satu pengalaman berharga buat Janna supaya dia lebih berjaga-jaga selepas ini.

Leave a Comment