Isu Kehamilan Tersebar, Inilah Komen Adira AF Bikin Netizen Tergamam!

Sharing is caring!

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2010, Adira Suhaimi yang sebelum ini kecoh apabila dikatakan sudah berkahwin dengan suami orang. Bahkan, Adira yang sudah sah bergelar isteri kedua kepada seorang datuk ini telah mengejutkan peminatnya.

Kini, kecoh apabila dikatakan Adira sudah hamil? Perkara ini dikesan oleh peminat apabila suami kepada Adira, Datuk Seri Adnan Abu (@dato.red) memberikan komen gambar botol susu di instagram peribadi Adira.

Selepas komen tersebut yang kononnya dikatakan Adira sudah hamil, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Adira. Namun, Adira enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

Malah, Adira memohon kepada peminat supaya mendoakan yang baik-baik saja buat dirinya dan suami.

Apapun, semoga kehidupan Adira dilimpahi kebahagiaan yang tidak terhingga dari orang tersayang. Mungkin Adira belum bersedia untuk berkongsi berita baik itu kepada umum. Siapa tahu kan?

Leave a Comment