KECOH! Pergunakan Nama Ally Iskandar, Ramai Artis Telah Ditipu!

Sharing is caring!

Baru-baru ini kecoh apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Ally Iskandar sebagai umpan untuk mendapatkan maklumat artis tanah air.

Antara artis yang telah menjadi mangsa adalah Sheera Iskandar, Diana Rafar, Farahdhiya, Datin Umie Aida dan ramai lagi. Perkara ini dikesan sendiri oleh Ally Iskandar dan isterinya Farah Lee. Malah, individu terbabit yang menyamar sebagai Ally Iskandar pernah menawarkan Farahdhiya Menjadi Pela**r VIP ?

Gara-gara tidak mahu isu ini menjadi lebih parah, isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah memuat naik status di Facebook peribadinya untuk menjelaskan perkara sebenar supaya tiada lagi artis yang akan menjadi mangsa.

Sama-samalah kita kongsikan berita ini supaya tiada lagi artis lain yang akan menjadi mangsa. Rasanya pihak Ally Iskandar seharusnya melaporkan kejadian ini kepada Suruhannjaya Komunikasi Dan Media (SKMM) supaya individu terbabit dapat diberkas. Apapun, semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Leave a Comment