MENGEJUTKAN! Preity Zinta Bakal Berkahwin Dan Lelong Gambar Perkahwinan??

Sharing is caring!

Siapa sangka pelakon Bollywood yang berlesung pipit comel ini, Preity Zinta bakal berkahwin tidak lama lagi. Preity Zinta yang sebelum ini mendedahkan Ditampar Hebat Oleh Rani Mukerji nampaknya mereka sudah berdamai dan berbaik semula.

Namun, berita terbaru mengenai Preity Zinta adalah dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati dari Los Angeles, Gene Goodenough pada bulan April nanti. Malahan, mereka juga telah membuat keputusan akan melelongkan gambar perkahwinan mereka untuk tujuan kebajikan.

Menurut sumber yang dipercayai, beliau akan melelong gambar perkahwinannya dan keuntungan daripada itu akan disalurkan kepada Yayasan Preity Zinta.

Yayasan ini lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan kanak-kanak dan pemulihan rumah lama. Bahkan, pelakon yang pernah popular dalam filem Chori Chori Chupke Chupke ini sudah lama melibatkan diri dalam pertubuhan kebajikan namun tidak menghebahkan kepada media.

Walaupun sebelum ini Preity Zinta menafikan laporan tentang hal perkahwinan dalam laman twitter namun dia kini dia mendedahkan hal ini kepada umum.

Apapun, tahniah kepada Preity Zinta dan pasangannya. Semoga majlis perkahwinan mereka nanti berjalan lancar.

Leave a Comment