Che Ta Serik Nama Disenarai Hitam Imigresen

Sharing is caring!

Aktres jelita, Rozita Che Wan, 45, baru-baru ini mendedahkan pengalaman pernah ditahan di kaunter Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekaligus namanya disenaraihitamkan kerana didakwa tidak menjelaskan cukai pendapatan.

Memetik laporan Kosmo!, pengalaman yang dilalui sekitar tahun 2014 itu betul-betul membuatkan beliau serik. Justeru dia menasihati golongan artis agar lebih prihatin terhadap urusan pembayaran cukai pendapatan.

“Saya sangat terkejut apabila ditahan di kaunter Imigresen di lapangan terbang. Kata mereka, nama saya telah disenarai hitam. Sejak itu saya serik serta sangat berhati-hati mengenai cukai pendapatan.

“Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada artis lain, saya nasihatkan mereka turut melunaskan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Tambah Che Ta, dia kini juga telah melantik seorang peguam untuk menguruskan semua hal berkaitan pembayaran cukai pendapatan peribadi, termasuk membabitkan perniagaannya.

Leave a Comment