Lee Min Ho derma RM170,000 untuk badan amal

Sharing is caring!

Selain popular dan berwajah tampan, pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho, turut bersikap dermawan membuatkannya menjadi selebriti kesayangan ramai. Terbaharu, bintang lelaki terbabit menyumbangkan RM170,000 kepada golongan memerlukan. Pelakon The Heirs menerusi badan amalnya menyerahkan dana berkenaan kepada Holt International Children’s Services untuk disalurkan ke pusat perlindungan kanak-kanak. Sejak beberapa tahun lalu, selebriti berusia 28 tahun itu aktif melakukan kerja kebajikan di bawah yayasan yang ditubuhkannya, PROMIZ. Pihaknya mula menjalin kerjasama dengan Holt bermula dua tahun lalu. Pada masa sama, Min Ho turut berjanji akan sentiasa menitipkan semangat kepada golongan memerlukan ini di serata dunia supaya mereka lebih bersemangat meneruskan kehidupan. Holt International Children’s Services ialah rumah perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan pada 1955. Ia melindungi anak yatim mangsa peperangan.

Leave a Comment