Penonton bertuah nikmati pengalaman permaidani merah Oscar

Sharing is caring!

Seramai 14 penonton bertuah dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia, berkesempatan menikmati pengalaman berada di permaidani merah Anugerah Academy kali ke-88, yang berlangsung di Los Angeles pada 29 Februari ini. Mereka adalah pemenang peraduan anjuran saluran HBO selaku penyiar majlis pengiktirafan berprestij yang menawarkan trofi dambaan penggiat industri perfileman, Oscar. Bersesuaian dengan glamor dan kegemilangan acara tahunan Hollywood itu, pemenang dan pasangan masing-masing berpeluang melaram di karpet merah sekali gus menyaksikan detik mendebarkan malam kemuncak itu bersama selebriti Hollywood. Tahun ini, HBO membuka peluang sama yang melayakkan penonton bertuah terbang ke Los Angeles pada Anugerah Academy musim depan. Peserta hanya perlu menjawab soalan yang akan didedahkan ketika siaran langsung pada 29 Februari ini bermula jam 9.30 pagi. Sementara itu, kru media sosial HBO Asia bersama hosnya, Janet Hsieh, akan melaporkan secara langsung dari permaidani merah Oscar 2016 di Dolby Theatre dan Highland Center di Hollywood. Buat julung kalinya, laman mikro HBO Asia (www.hboasia.com/oscars) juga akan menampilkan rakaman temu bual belakang pentas dan rakaman eksklusif untuk laman web. Antara penyampai trofi dan penghibur yang memeriahkan acara ialah Morgan Freeman, John Legend, J.J. Abrams, Sacha Baron Cohen, Henry Cavill dan Dave Grohl. Oscar 2016 yang dikendalikan Chris Rock akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) merentasi pelbagai skrin pada 29 Februari, bermula dengan Oscars Red Carpet ‘Live’ pada jam 8 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 7 malam). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hboasia.com/oscars.

Leave a Comment