Tiada bajet, Putrajaya tamatkan kontrak 156 profesor .Apa Kata Kerajaan ?

Sharing is caring!



Tiada bajet, Putrajaya tamatkan kontrak 156 profesor .Kerajaan Ada Jawapannya

Universiti awam tertua, Universiti Malaya. Akibat kekangan bajet, kerajaan gagal menyambung kontrak 156 profesor di kampus-kampus awam tahun ini, kata Majlis Profesor Negara. — Foto failKUALA LUMPUR, 23 Feb — Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.

Ketua pegawai eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.  
“Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing. Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula.
“Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! hari ini.
Akhbar itu melaporkan Malaysia mempunyai 2,254 profesor, dengan 1,867 orang berkhidmat di universiti awam.
Putrajaya dilaporkan perlu membelanjakan RM3 juta untuk melahirkan ahli akademik bertaraf profesor.
Raduan berkata pertikaian umur persaraan profesor timbul apabila jawatan mereka disamakan dengan penjawat awam lain.
Katanya, MPN mencadangkan umur persaraan profesor dilanjutkan sehingga 65 tahun selaras amalan antarabangsa.
“Usaha 60 tahun dan ke atas merupakan peringkat usia paling ideal bagi seseorang profesor menjadi produktif dalam menyumbang kepakaran kepada sektor akademik negara.
“Golongan profesor sepatutnya diletakkan bawah satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan bukannya skim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” beliau dilaporkan berkata.
Apa Kata Kerajaan?
PUTRAJAYA – Khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri dan bukannya kerajaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua pihak harus tahu yang had umur bagi khidmat penjawat awam  hanya sehingga 60 tahun.
Menurutnya, sekiranya perkhidmatan penjawat awam hanya akan disambung secara kontrak selepas umur seseorang itu menginjak ke 61 tahun.
“Umur 60 tahun (bagi penjawat awam) adalah umur persaraan wajib yang telah diputuskan oleh kerajaan selama ini.
“Itu adalah peraturan. Penyambungan khidmat profesor (berumur lebih daripada 61 tahun) di universiti tempatan bukan tanggungjawab kerajaan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab pihak universiti,” katanya  dalam sidang media ‎Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa MyBrain di lobi Kementerian Pengajian Tinggi‎, di sini, hari ini.
Semalam, Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet. 
Ketua pegawai eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.
Bagaimanapun Idris dalam sidang media hari ini menafikan dakwaan tersebut.
Menurutnya, hanya pihak universiti yang layak memilih dan menyambung kontrak tenaga profesor di institut pengajian masing-masing.




Leave a Comment