Zizie Ezette Respon Dakwaan Abaikan Suami

Sharing is caring!

Pelakon Zizie Ezette baru-baru ini memuat naik status dan gambar hidangan masakan ‘asam pedas Sabah’, di laman sosial Instagramnya.

Lebih mencuri tumpuan gambar tersebut turut disertakan #jgncakapakakxsuami #adabendatakperlulahnakdipost dan #kalautakpostbukantaksayang

Hastag tersebut seolah-olah menyindir sesetengah pihak yang tidak habis-habis mencari kesalahan dirinya malah pelakon berkulit putih gebu dikatakan mengabaikan suaminya Bung Mokhtar.

Baru-baru ini suaminya itu yang juga merupakan ahli politik yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, telah dimasukkan ke Hospital Pusat Perubatan Prince Court bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang.

Leave a Comment