Bekas Hos Top Gear Minta Maaf, Bayar Pampasan RM589,723

Sharing is caring!

Bekas hos program permotoran popular BBC, Top Gear, Jeremy Clarkson memohon maaf dan menyelesaikan saman dengan ahli kru pasukan produksi yang beliau serang secara fizikal dalam insiden yang meranapkan kerjayanya.

Clarkson yang meraih ramai peminat ketika menjadi pengacara program itu, memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Oisin Tymon ketika rakaman, menyebabkan BBC mengumumkan pada Mac lalu untuk tidak melanjutkan kontrak beliau.

Pengacara bermulut lancang yang juga rakan kepada Perdana Menteri, David Cameron itu bersetuju membayar pampasan kepada Tymon untuk menyelesaikan saman diskriminasi kaum dan kecederaan berjumlah lebih STG100,000 pound (RM589,723), menurut BBC.

“Saya ingin memohon maaf, sekali lagi, kepada Oisin Tymon atas insiden ini dan kesan yang menyedihkan,” kata Clarkson dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam Tymon.

“Saya mahu mengulangi bahawa tiada apa yang menunjukkan beliau bersalah. Saya juga ingin menjelaskan bahawa kesan negatif ke atas beliau selepas insiden adalah tidak munasabah dan saya turut meminta maaf atas kesukaran yang menimpa beliau.

Mengikut peguam, Tymon yang ditinggalkan dalam keadaan berdarah dan memerlukan rawatan perubatan selepas pergaduhan dengan Clarkson, kes itu selesai dan produser itu mahu memberi tumpuan dengan kerja beliau di BBC.

Leave a Comment