Remy Akhirnya Perkenalkan Cinta Hati Selepas 3 Tahun

Sharing is caring!

Mengaku masih dalam fasa mengenali hati budi pasangannya, Remy Ishak bagaimanapun berkata buat masa ini dia belum berfikir secara serius untuk menamatkan zaman bujang.

Tersenyum saat diasak media mengenai perkembangan hubungan dengan kekasihnya, jejaka berkulit hitam manis lantas berkata,

“Cinta hati saya sekarang, Rumi,” tuturnya.

“Sedang mengenali lagi. Bukan mudah sebenarnya kita mencari pasangan yang betul-betul sesuai dan memahami. Mungkin juga belum sampai lagi jodoh saya. Dulu saya target nak kahwin ketika usia 28 tahun tapi sekarang saya sudah 34 tahun. Doakan lah yang baik-baik dan saya serahkan pada Tuhan,” sambungnya lagi.

Remy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi wagian jenamanya, Rumi By Remy Ishak, bertempat di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai wangiannya, pelakon berasal dari Masjid Tanah Melaka ini berkata, idea mahu mengeluarkan koleksi wangian jenamanya sendiri sudah timbul sejak tiga tahun lalu. Namun ketika itu dia belum betul-betul berani menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebaliknya mahu mengukuhkan namanya dalam bidang lakonan.

Kini selepas 10 tahun mengukuhkan nama dalam kariernya, Remy tampil dengan dua pilihan wangian yang berbeza iaitu for him yang menggambarkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki tetapi masih berjaya mengekalkan imej yang elegan. Manakala for her diinspirasikan daripada bau bunga-bungaan sesuai untuk wanita yang feminin dan berkeyakinan tinggi. Setiap satu koleksi wangian tersebut berharga RM49.

“Sejak tiga tahun lepas saya sudah terfikir mahu keluarkan wangian sendiri. Walaupun kerja saya tidak tentu masa, saya tetap memetingkan penjagaan dan penampilan diri.

“Saya memang pakai perfume lebih-lebih lagi jika saya terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama. Tapi saya sukar mencari wangian yang betul-betul menepati citarasa saya dan tahan lama kerana itu timbul idea mahu keluarkan wangian sendiri.

“Mengenali Remy yang dulu, saya seorang yang suka menyendiri, saya sangat passion pada lakonan saya. Kalau berlakon, saya memang jarang bercampur dengan orang.

“Alhamdulillah selepas 10 tahun dalam industri, nama saya sudah semakin di kenali. Tambahan sekarang saya sudah ada satu pasukan yang akan membantu saya menguruskan perniagaan ini. Sekaranglah masa yang sesuai untuk saya keluarkan produk saya walaupun ada selebriti lain seperti Che Ta lebih dulu sudah muncul dengan wangian sendiri,” katanya yang turut memaklumkan proses wangiannya itu dilakukan oleh sebuah kilang di Paris.

Menyifatkan Rumi sebagai sangat peribadi bagi dirinya, nama tersebut diilham menerusi nama watak yang dilakonkannya dalam drama Rumi & Jawi arahan pengarah terkenal Erma Fatima.

“Rumi sangat peribadi dan dekat dengan diri saya kerana botolnya saya suka dan baunya saya yang pilih sendiri. Saya mahu semua benda yang saya suka dapat juga dikongsikan dengan peminat dan orang ramai.

“Sebelum ini saya ada fikirkan beberapa nama yang berunsurkan nama-nama alam semula jadi. Sehinggalah saya berlakon dalam drama arahan kak Erma iaitu Rumi & Jawi. Drama tersebut akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

“Keistimewaan nama Rumi itu, beliau adalah cendiakawan Islamik dan nukilan puisi-puisinya terkenal di serata dunia. Nama sebenar beliau ialah Jalaludin Rumi. Apabila saya melakonkan watak itu, saya buat kajian dan terlintas di fikiran saya, puisi-puisi indahnya itu saya terjemahkan dalam bentuk wangian, Rumi.

“Selain itu, istimewanya Rumi ialah keunikan botolnya. Pada setiap penutup botol wangian saya ini terdapat lambang bunga ros dan trademark itu bagi mengelakkan berlakunya pengeluaran yang tiruan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul menerusi teater Randai Cinduo Mato yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 25 hingga 27 Mac depan. Selain, dia bakal muncul dalam drama Redha pada April depan.

Leave a Comment