RM100,000 Untuk Gadis Terpintar Malaysia

Sharing is caring!

Habuan sebanyak RM100,000 menjadi rebutan 14 orang gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia yang akan menyahut cabaran bertanding dalam program realiti Clever Girl sekaligus merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia.

Program tersebut bertujuan membuktikan bahwa Malaysia mempunyai banyak gadis pintar di luar sana. Sekaligus membuktikan mereka yang rupawan juga wujud dengan intelek yang setaraf dengan rupa mereka.

Menurut Penerbit Rancangan Primeworks Studios, Shazreena Kasim, Clever Girl Malaysia adalah sebuah game show yang tidak menggunakan apa-apa sistem undian dan pengadilan daripada juri. Sebaliknya setiap peserta akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka menjawab soalan-soalan kuiz pada setiap minggu.

“Selain berketerampilan menarik, pemilihan peserta dibuat berdasarkan kebijaksanaan dan berpengetahuan luas. Selepas melalui sesi ujibakat iaitu melalui ujian IQ, akhirnya seramai 14 orang gadis mewakili setiap satu negeri layak terpilih sebagai peserta musim pertama ini.

“Sepanjang siaran langsung program ini, kesemua peserta akan diberikan soalan-soalan kuiz merangkumi pelbagai pengetahuan am subjek seperti sains, matematik, sejarah, geografi termasuk politik juga isu semasa.

“Soalan kuiz tersebut disediakan oleh Mensa Malaysia yang mana ihak ini memang yang sering dipertanggungjawabkan menyediakan soalan-soaln ujian IQ.

“Rancangan yang bersiaran selama satu jam ini mempunyai empat segmen yang berbentuk menguji minda IQ para peserta di mana mereka perlu menjawab soalan kuiz dan peserta yang mendapat markah rendah akan disingkirkan. Selain soalan kuiz, peserta juga akan melalui beberapa cabaran berbentuk fizikal.

“Selain menjawab soalan-soalan kuiz, para peserta juga menjalankan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat, ” jelasnya ketika ditemui pada sidang media Clever Girl Malaysia bertempat di hotel Royale Chulan Damansara, pada Rabu.

Clever Girl Malaysia bakal bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3 mulai 13 Mac ini. Manakala Diari Clever Girl Malaysia akan bersiaran pada jam 6 petang mulai 6 Mac ini.

Tambah menarik, rancangan ini akan dihoskan oleh pelakon dan penyanyi Alif Satar. Sementara tiga selebriti popular iaitu Vanidah Imran, Marion Caunter dan Cheryl.Samad dilantik sebagai Ikon Clever Girl.

Leave a Comment