Sufi tak sombong

Sharing is caring!

Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sufi Rashid, 25, baru-baru ini dihambat persoalan apabila dikatakan sudah ‘besar kepala’. Bukan itu saja, dia juga dikatakan tidak mesra dengan peminat.
Penyanyi lagu Kisah Dua Muka itu ketika ditemui berkata, kadang-kadang dia mengalami tekanan atau ‘stres’ akibat kesibukan kerja menyebabkan dirinya dianggap punya masalah sikap.
“Setiap orang ada sikap masing-masing. Kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta.
“Kadang-kadang apabila sibuk dengan kerja, saya akui sedikit tertekan. Apabila ada yang nampak saya dalam keadaan letih, ramai yang menganggap saya mempunyai masalah sikap,” katanya.
Katanya, dia mengerti bahawa ada yang akan faham dan begitu juga sebaliknya.
“Kepada peminat atau rakan media yang merasakan begitu, saya mohon anda doakan saya dan insya-Allah kita akan bertemu kalau ada rezeki.
“Jadi, mungkin selepas mengenali saya dengan lebih dekat, mereka akan tukar persepsi terhadap saya,” katanya.
Ditanya mengenai hubungannya dengan peminat, Sufi berkata, dia menggunakan laman sosial sebagai medium utama.
“Peminat saya ada juga dari luar Kuala Lumpur. Jadi, untuk bertemu mungkin sukar, tetapi mujurlah ada laman sosial yang dapat menjadi medium interaksi.
“Saya juga ada wujudkan satu akaun WeChat untuk menjadi ruang buat saya bertegur sapa dengan peminat. Saya tahu, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga hati banyak pihak,” katanya.
Buka restoran sup tulang merah
Dalam usaha mendekati peminat, penyanyi Singapura ini membuka restoran dikenali sebagai Restoran De’ Tulang Merah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Menurut Sufi, peminat yang ingin bertemunya boleh ke restoran berkenaan yang mula dibuka sejak Sabtu lalu.
Bercerita mengenai restoran yang diusahakan bersama beberapa rakan itu, Sufi berkata, dia mengetengahkan menu sup tulang merah.
“Sup tulang merah ialah makanan popular di Singapura. Jadi, saya yakin menu ini mampu menarik minat ramai pencinta makanan di sini.
“Rempah dan resipinya memang asli dari Singapura, cuma bahan mentah seperti tulang saya dapatkan daripada pembekal di sini,” katanya.
Ditanya mengenai pembahagian masa sebagai penyanyi dan ahli perniagaan, Sufi yakin semuanya boleh diatur.
“Masa sentiasa boleh dibahagikan. Lagi pula, restoran ini tidak terlalu jauh dari tempat tinggal saya di Sungai Besi,” katanya.
Berbicara mengenai karier muzik, Sufi kini masih lagi mempromosikan single Kisah Dua Muka dan dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru.
“Kisah Dua Muka masih lagi dipromosikan. Saya mahu lagu ini dan nama saya kukuh terlebih dulu, kemudian barulah saya akan lancarkan single seterusnya.
“Untuk single seterusnya, saya masih mengumpul material. Kalau Kisah Dua Muka ialah karya saya sendiri, single seterusnya adalah ciptaan komposer terkenal Malaysia yang masih saya rahsiakan. Jika semuanya sudah lengkap dan saya bersedia untuk lancarkan, saya akan

Leave a Comment