Akim, Stacy dirai dalam majlis berkonsep tradisional

Sharing is caring!

Majlis resepsi Akim Ahmad, 25, dan Stacy, 26, berlangsung serba indah dengan tema tradisional di Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, malam ini. Pasangan kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu tampak menawan dengan busana berwarna keemasan rekaan Raffiey Nasir ketika diarak masuk ke dalam dewan dengan paluan kompang. Majlis diacarakan oleh rakan artis, Farish Aziz dan diserikan dengan kehadiran teman selebriti lain seperti Tomok, Black, Dafi, Ika Nabella serta The Majistret. Lebih manis, Soo Wincci turut mempersembahkan sebuah lagu khas bagi mengiringi pasangan merpati dua sejoli ke meja makan beradap. Akim Ahmad dan Stacy sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan jam 10.15 pagi di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. Dengan dua kali lafaz, Akim sah menjadi suami kepada Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Leave a Comment