Bersamamu taja perjalanan umrah buat golongan memerlukan

Sharing is caring!

SELAIN memberi bantuan kewangan serta nasihat motivasi, program Bersamamu turut menyediakan bantuan menunaikan ibadah umrah kepada keluarga kurang bernasib baik yang pernah dipaparkan menerusi slot program tersebut.

Pada kali ini, Bersamamu yang menganjurkan program perjalanan umrah kali ketiga sepanjang 10 tahun bersiaran berikutan beberapa syarikat korporat tampil memberikan sumbangan serta kerjasama merealisasikan impian responden yang pernah ditampilkan sebelum ini.

Selain daripada itu, pemberian perjalanan umrah ini juga merupakan sebagai bonus kepada responden yang telah berjaya membina kehidupan mereka lebih bersinar dan maju kehadapan.

Difahamkan, untuk kali ini program Bersamamu akan meraikan 17 responden yang terpilih termasuk lapan daripadanya merupakan golongan kurang upaya.

Perjalanan kesemua responden ini akan ditemani oleh tiga orang krew penerbitan yang akan berlepas pada 25 Februari dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 9 Mac ini.

Sepanjang 10 tahun bersiaran, seramai lebih daripada 100 keuarga telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan serta menikmati kesihatan lebih baik.

Leave a Comment