Aktor filem Rocky, Tony Burton meninggal dunia

Sharing is caring!

Tony Burton yang memulakan kerjaya sebagai peninju profesional dan melakonkan watak jurulatih Tony “Duke” Evers dalam kesemua enam filem Rocky, meninggal dunia pada usia 78. Sylvester Stallone yang membintangi filem francais itu, mengetuai penghormatan selepas ahli keluarga mengumumkan kematian Burton di hospital selatan California selepas disyaki menghidap penyakit radang paru-paru berikutan sakit sekian lama. Burton yang menetap di California selama 30 tahun, berlakon sebagai jurulatih, Apollo Creed, watak antagonist dalam dua filem Rocky, sebelum beralih sebagai jurulatih Rocky dalam filem berikutnya. “Tony Burton yang memainkan watak dengan baik dalam semua enam filem Rocky…Semoga tenang di sana,” kata Stallone dalam laman Instagram yang meletakkan gambar dari filem Rocky IV bersama Apollo Creed yang dilakonkan oleh Carl Weathers.

Leave a Comment