Emoji ‘marah’ banjiri laman FB Najib

Sharing is caring!



Emoji ‘marah’ banjiri laman FB Najib

Dalam apa yang boleh dilihat sebagai paparan dalam talian mengenai luahan perasaan awam, laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri amukan emoji malam tadi.
Malam tadi, laman FB perdana menteri dibanjiri hampir 10,000 emoji ‘marah’, berbanding emoji ‘love’ (194), dan juga butang ‘like’ biasa (4,600).
Ia bermula selepas Facebook perkenalkan jenama fungsi barunya ‘reactions’, yang menyediakan pelbagai respons emoji – ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad’ dan ‘angry’ – tambahan kepada butang ‘like’ yang agak hambar.
Emoji adalah ikon digital kecil yang menandakan sesuatu emosi, yang digunakan dalam komunikasi elektronik, dan yang paling biasa ialah muka smiley.
Sesetengah warga maya mengambil pendekatan yang lebih langsung dalam menyuarakan kekecewaan mereka dengan kata-kata, walaupun banyak memilih untuk menggunakan emoji.
Rakyat Malaysia telah lama menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan rasa tidak puas hati mereka dengan kurangnya penjelasan mengenai beberapa skandal mega.
Ramai yang telah menggunakan cara-cara yang kreatif untuk menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap mereka yang berkuasa, sama ada melalui catatan, karya seni dan memes internet.
Laman Facebook Najib sering meraih ribuan ‘like’, walaupun para pengkritik juga telah menggunakan platform itu untuk menunjukkan kepada umum, rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinannya.
Kerajaan Najib telah menggunakan undang-undang dan agensi-agensi kawal selia untuk mengetatkan kawalan ke atas pengkritik kerajaan dalam talian, termasuk kandungan yang dianggap ‘tidak menghormati’ pemimpin BN.
Artis Bilqis Hijjas yang juga dikenali sebagai ‘Gadis Belon’ didakwa seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 Bilqis kerana didakwa berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan sehingga keamanan mungkin terganggu, kerana menggugurkan belon kuning yang tertera dengan perkataan ‘democray’, ‘Free media’ dan ‘Justice’ di majlis yang dihadiri oleh perdana menteri dan isterinya pada tahun lepas.
Dalam kes lain, artis Fahmi Reza sedang disiasat kerana menghasilkan karya karikatur perdana menteri ‘bermuka badut’ yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Twitter dan Instagram bulan lalu.
Fahmi disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas dakwaan menyalahgunakan rangkaian telekomunikasi dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan berkaitan dengan sengaja membuat penghinaan bagi mencetuskan ketenteraman awam.




Leave a Comment