Air mata Liza HotFM

Sharing is caring!

Penyampai radio HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza selamat bergelar isteri Mohd Khairil Anuar Mohd Ghany dalam majlis ringkas, di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, hari ini.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Sungai Soi, Mohd Asri Abu Bakar di hadapan lebih 50 tetamu, pada 9.55 pagi.

Liza yang anggun menggayakan sepersalinan berona putih kelihatan mengesat air mata sejurus lafaz nikah disahkan.
Mohd Khairil kemudiannya memakaikan Liza gelang tangan.
Turut menemani Liza sepanjang majlis berkenaan berlangsung adalah rakan seperjuangannya, Fara Fauzana dan Fizee.
Majlis persandingan pada kira-kira 12 tengah hari ini.

Leave a Comment