Nad Zainal, Suami Serah Soal Anak Pada Ketentuan Tuhan!

Sudah menjadi lumrah bila lepas kahwin berita yang ditunggu buat pasangan tersebut dan peminat adalah cahaya mata. Kalau boleh semua nak menjadi busy body, menerjah kehidupan artis selepas berkahwin. Bila lah artis kegemaran kita ni nak pregnant? Dah pregnant ke dia ni? Haaa gitu.

Kini Nad Zainal dan suami menjadi tumpuan umum. Nad Zainal menyangkal dakwaan mengatakan dia kini sedang berbadan dua sebaliknya ia hanya ramalan rambang peminat yang berharap ada khabar gembira tentang dirinya.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, dia dan suaminya tidak pernah merancang soal anak namun terima jika dikurniakan anak dalam tempoh terdekat.

Nad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Hotel JW Marriot di sini, Selasa.

Untuk pengetahuan, Nad Zainal dan Faliq, 28, sah menjadi suami isteri pada tanggal 18 Disember lalu dalam satu majlis yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam, dekat sini.

Dalam pada itu, Faliq berkata, sebagai suami dia sentiasa menunggu khabar gembira daripada isterinya itu namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepada mereka.

Buat Nad dan Faliq, teruskan berdoa. Allah itu maha mendengar dan memakbulkan. InshaAllah! Semoga dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. 🙂

loading...

Add Comment