Izara tidak melatah ditegur berisi

Sharing is caring!

Tidak melatah dengan kritikan yang dilontarkan di laman sosial, pelakon Izara Aishah, 25, memberikan jawapan ‘sempoi’ apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi menjadi bualan peminat.

Bintang Pilot Cafe itu diajukan soalan sinis oleh seorang pengikut di Twitter apabila ditanya, adakah dirinya sedang mengandung kerana perutnya kelihatan sedikit berisi.

Tidak mengambil serius soalan itu, Izara membalas pertanyaan terbabit dengan memberikan jawapan ringkas: “Tak la, buncit”. Jawapan spontan Izara membuatkan peminat memujinya yang tidak mudah melatah meskipun pertanyaan itu terlalu sinis kerana pelakon terbabit belum berumah tangga.

Persoalan mengenai susuk tubuhnya sebelum ini pernah menjadi perdebatan. Tahun lalu, Izara pernah ditegur apabila dilihat terlalu kurus dan mengakui, terpaksa mengurangkan berat badan supaya dilihat lebih menarik untuk menjayakan watak dalam filem arahan Osman Ali, Kau Yang Satu.

Untuk menghidupkan karakter itu, Izara terpaksa menurunkan berat badannya sehingga lima kilogram berbanding berat asalnya iaitu 54 kilogram. Mengakui dirinya gemar menikmati makanan, Izara sering menjalani latihan di gimnasium untuk memastikan mendapat berat yang dimahukan pengarah.

Leave a Comment

shares