Miera Liyana takut kamera HD

Sharing is caring!

Sudah namanya pelakon, terdedah kepada sinaran lampu di set penggambaran dengan wajah ‘ditampal’ solekan tebal berjam-jam lamanya, adalah lumrah. Namun, rutin itu juga boleh membawa kemudaratan. Itulah yang dialami pelakon cantik, Miera Liyana, 23, yang mengadu mengalami masalah kulit wajah sejak mula menceburkan diri dalam bidang seni. Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini, semakin banyak syarikat produksi menggunakan kamera berdefinisi tinggi atau HD. Andai kulit wajah tidak sempurna, terserlah ‘kecacatan’ pada wajah pelakon terutama aktres wanita yang selalu risau dengan penampilan mereka baik dalam kaca televisyen (TV) atau filem. Puas mencari penawar kepada masalah dihadapi, Miera akhirnya menemui jawapan bagi mengekalkan keanjalan kulit wajah. “Saya mencuba bermacam-macam rawatan namun tidak sesuai dengan kulit saya. Tidak dinafikan, segelintir pusat kecantikan sekadar ingin mengaut keuntungan semata-mata. “Setakat ini, saya berpuas hati dengan teknik digelar ‘magic peel’ yang saya lakukan setiap minggu. Teknik ini membantu dalam menghapuskan bakteria pada kulit muka. Ia juga menjadikan wajah dan muka lebih baik. “Selama ini, penggunaan kamera HD membolehkan masalah dan jerawat pada kulit tampak lebih jelas. Namun, sekarang saya hanya perlu memakai mekap nipis saja ketika menjayakan penggambaran,” katanya kepada BH Online. Miera berkata, pakar kosmetik yang dikunjunginya menyusun jadual rawatan setiap minggu bagi memastikan dia mendapat rawatan wajah sebaiknya. Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Miera baru selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Tetamu Allah arahan Zulkifli M Osman.

Leave a Comment

shares