Senarai Penuh Calon APO2016, Gabungan Artis Lama & Baharu

Sharing is caring!

Selebriti baru dan lama bakal bersaing untuk merebut tempat dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April depan.

Bagi kategori utama iaitu Aktor Terbaik Pilihan Online, pelakon senior seperti, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Adi Putra, Remy Ishak dan Zamarul Hisyam bakal bersaing dengan bintang baharu antaranya Hefny Sahad, Fadlan Hazim, Idris Khan dan Nazrief Nazri.

Untuk Aktres Terbaik Pilihan Online pula memperlihatkan pelakon senior antaranya Lisa Surihani, Maya Karin, Erra Fazira, Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Yana Samsudin akan bertanding dengan Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zahirah MacWilson.

Bagi Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online menyaksikan persaingan sengit bakat baharu iaitu Fahmi Esmail, Ippo Hafiz dan bintang-bintang Akademi Fantasia iaitu Sufi, Syamel dan Sharul akan bersaing dengan Hazama, Nassier Wahab, Mawi, Aizat, Faizal Tahir dan Tomok.

Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online pula menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Ella, Misha Omar akan merebut kejuaraan bersama Nana Sheme, Bila (AF 2015), Wani Kayrie dan Fynn Jamal.

APO2016 menyaksikan Sembilan kategori hiburan iaitu Aktor Terbaik Pilihan Online, Aktres Terbaik Pilihan Online, Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online, Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online, Lelaki Tampan Pilihan D’nars, Wanita Anggun Pilihan D’nars, Selebriti Komedi Pilihan Online, Grup Pilihan Online dan Penyampai Radio Pilihan Online.

Tiga kategori sukan ialah Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online, Bintang Sukan Wanita Pilihan Online dan Pasukan Pilihan Online.

Lima kategori Gaya Hidup pula ialah Ikon Fesyen Pilihan Online, Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Pengundian awal APO2016 untuk memilih top 5 dibuka dari 3 Mac 2016 sehingga 31 Mac 2016 sementara pencalonan untuk memilih pemenang bagi setiap kategori   adalah dari 1 April 2016 sehingga 30 April 2016.

APO2016 dianjurkan bersama  mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dinas sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.

Orang ramai yang ingin membuat pengundian bolehlah melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

Perkembangan mengenai penganjuran ini boleh juga diikuti menerusi mStar Online serta medium laman sosial seperti Instagram/mtsronlineofficial, FB/mstardotcomdotmy dan Twitter/mstaronline.

Mstar Online turut memperkenlakan Facebook APO iaitu Facebook/AnugerahPilihanOnline

Seorang selebriti dipilih berdasarkan undian tertinggi bagi setiap kategori

Leave a Comment

shares