
TIDAK ada angin mahupun ribut, secara tiba-tiba, nama penyanyi Selena Gomez dan Wiz Khalifa sering dikaitkan bersama sejak akhir-akhir ini.
Mereka dilihat kerap menghabiskan masa bersama dan situasi itu menjadi tanda tanya buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Namun beberapa hari lalu, tanda tanya itu mulai terjawab setelah penyanyi rap yang terkenal dengan lagu When I See You Again memuat naik sebuah video menerusi laman sosialnya.
Menurut Ace Showbiz, kedua-dua penyanyi itu sering kelihatan bersama kerana bakal menampilkan nyanyian kolaborasi bersama tidak lama lagi.
Single terbaharu itu bakal dimuatkan menerusi album terbaharu Wiz bertajuk Rolling Papers 2 : The Weed.