
Sudah menjadi lumrah bergelar seorang selebriti, setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian umum tidak kira baik mahupun sebaliknya. Yang baik cara baik, yang buruk pula cara buruk. Malah ada sahaja ‘point’ akan dicari untuk mengkritik setiap apa yang dilakukan seseorang itu. Dengan kata lain kononnya nak jadi hakim, menghakimi orang!
Menurut Uqasha Senrose, dia kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka melemparkan tuduhan dan kritikan yang melulu terhadap dirinya.
Tidak habis-habis dilanda kontroversi panas, kini pelakon Uqasha Senrose punya cara tersendiri. Dia kini menyekat akses pengikut di akaun laman sosial miliknya yang biadap kerana tidak mahu terus terjerumus dalam lembah kritikan tidak membina dan negatif.
Tambah Uqasha lagi apa yang dilakukannya itu adalah untuk dirinya sendiri selain mahu mengelakkan dirinya terkesan dengan perkara negatif.