
Pelakon Eina Azman yang kini baru berusia 21 tahun sudah memiliki anak kembar. Hasil perkahwinan dengan Datuk Paduka Kaiser Gumeet beberapa tahun yang lalu kini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan yang diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Menurut Eina, dia mengakui bahawa bukan mudah untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu kepada bayi kembar. Namun, rezeki ini merupakan rahmat yang diberi oleh Tuhan.
Walaupun pada mulanya Eina agak kekok menguruskan anak kembarnya, namun dia mendapat bantuan dari pihak keluarga yang sedikit banyak meringankan beban sebagai seorang ibu muda.
Bahkan, sebelum ini Eina dan suami telah membuat keputusan untuk merahsiakan tentang berita gembira ini. Namun, Inilah Punca Sebenar Eina Azman Rahsiakan Tentang Kehamilan Anak Kembar!
Apapun, semoga Eina mampu menjadi ibu yang baik buat Karl dan Arianna.