Madonna Tewas Dalam ‘Peperangan’ Hak Penjagaan Anak

Sharing is caring!

Penyanyi popular antarabangsa Madonna yang sebelum ini kecoh tentang hak penjagaan anak dengan Guy Ritchie akhirnya kalah apabila anak lelakinya Rocco kini di bawah hak perjagaan Ritchie.

Menurut laporan Mail Online, Madonna telah memberitahu rakan-rakannya yang dia telah ‘tewas dalam pergelutan’ itu dan terpaksa menerima hakikat yang Rocco, 15, tidak mahu lagi tinggal bersamanya.

Isu perebutan Rocco itu bermula Disember tahun lalu apabila remaja tersebut meninggalkan ibunya yang sedang mengadakan persembahan jelajah dunia untuk bersama-sama bapanya, berikutan pertengkaran tentang telefon bimbit miliknya.

Rocco tidak mengendahkan rayuan Madonna, 57, juga perintah dari mahkamah New York untuk kembali kepada ibunya, sebaliknya dia lebih suka menetap di Britain bersama-sama Ritchie yang juga pengarah filem.

Minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Keluarga di London menggesa pasangan tersebut untuk menyelesaikan pertikaian mereka di luar mahkamah.

Rundingan antara pasangan itu melalui peguam masing-masing telah menghasilkan draf perjanjian dengan 24 perkara, namun menurut sumber, pasangan berkenaan tidak bersetuju terhadap sekurang-kurangnya tujuh perkara.

Walaupun benar-benar kehilangan Rocco, Madonna tetap menuntut jaminan tentang haknya sebagai ibu terutama yang melibatkan pendidikan remaja tersebut.

Leave a Comment