
TAHNIAH! Fareez Bergelar Juara Mentor Milenia| Siapa sangka dalam usia 18 tahun, Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan protege kepada mentor Hazama telah berjaya menempah nama dalam industri seni ini apabila dia telah dinobatkan sebagai juara Mentor Milenia.
Anak kedua kepada pelakon Fauzi Nawawi ini mengakui bahawa dia menang disebabkan bakatnya bukan kerana pengaruh dari bapanya yang juga pelakon terkenal.
Walaupun dia merupakan anak selebriti, Fareez menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan mana-mana pihak sebagai lonjakkan untuk menjuarai program realiti Mentor Milenia ini.
Bagi Fareez, dia tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya kerana pesaingnya bukan calang-calang orang. Malah, dia mengakui bahawa dia menyasarkan tempat kedua sahaja.
Malah, beliau juga berhasrat untuk menggunakan wang kemenangan itu untuk membawa keluarga ke Mekah sempana hari jadinya pada 6 Mei nanti.
Mengulas tentang kemenangan Fareez, komposer terkenal Azmeer yang merupakan juri profesional pada malam tersebut mengakui Fareez mempunyai suara yang unik malah pemilihan lagu yang dibuat juga sesuai dengan keunikkan suaranya itu.
Tambah Azmeer, Fareez mendapat undian tertinggi berbanding peserta yang menduduki tempat kedua iaitu Qody.
Apapun, sudah tertulis rezeki Fareez untuk bergelar juara dan dia berjaya membawa pulang trofi dan wang sejumlah RM100 ribu.