Doakan Kandungan Saya Sihat – Misha Omar

Sharing is caring!

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Angin Syurga, Misha Omar, akhirnya disahkan hamil.

Memetik laporan Kosmo! pemilik nama sebenar, Samihah Omar, 34, ini belum bersedia untuk berkongsi usia sebenar kandungannya kerana masih di peringkat awal.

“Alhamdulillah, suami, Firos Ezzwan Rosly adalah orang paling gembira menerima berita ini.

“Doakan saya dan kandungan sihat sehingga saat melahirkan kelak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Misha sudah memiliki dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir,10, dan Humaira Lateefa,4. –

Leave a Comment