Masyarakat sering kali menyalahkan kaum hawa apabila berlaku masalah moral seperti zina, rogol, hamil luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Namun mereka sering kali buat-buat lupa yang semua itu terjadi bukan melibatkan orang perempuan sahaja tetapi juga lelaki.
Masalah yang melibatkan kedua-dua pihak janganlah asyik salahkan sebelah pihak je. Kedua-dua kita lelaki dan perempuan sama-sama kena main peranan. Kaca takkan pecah kalau tiada yang ketuk.
Baca luahan perasaan seorang gadis ini:
Salam semua. Aku xtau nak mula dari mana tp yg pasti air mata aku da bgenang. Ya Allah mcm mana ye. Aku harap xde yg hentam aku sbb aku perlukan doa n kata2 nasihat dari semua.
Aku bkawan dgn sorang laki tu da 5 tahun lebih. Up to now, da banyak sangat dosa aku buat dgn dia. Cuma zina je x yg lain segala mcm ringan2 kami da buat. Aku fed up tapi aku lemah. Aku fed up dgn dosa2 aku tpi aku sgt2 lemah bila dia goda aku.
Ya Allah aku terok sangat. Bila jumpa dia je mesti aku tpaksa mandi wajib. Sumpah aku rasa bsalah sangat tpi aku x kuat nak halang nafsu aku. Selalu tewas.
Klimaksnya harini bila aku dpt rasa apa yg dia buat kat aku da nampak kesannya. Dara aku masih ada cuma da tcalar. Ye da tcalar. Balik tu aku rasa sangat2 xtenang n serabut. Solat taubat menangis jugak la sbb aku menyesal sangat2 tapi aku takot aku akan ulang benda yg sama.
Kawan2 aku pandang aku org yg baik2 mesti diorang x sangka yg perangai aku se setan ini. Allahu bdosanya rasa
Kawan2 semua, tolong doakan aku sempat btaubat sebelum Allah tarik nyawa aku. Aku kesiankan mak ayah aku tpi aku x kuat. Doakan aku kuat kawan2. Kalau sudi cube nasihat sikit aku yg sgt bdosa ni yg sgt jijik. Okay la aku da nak banjir ni. Terima kasih semua.
Sumber IIUM Confession.
Baca perkongsian ini pula yang ditulis oleh Luqman San:
“Aku ingat dia baik weyh. Kawan dia cakap dia ini tak tinggalkan solat. Jaga hubungan. Mai ribut, rupa-rupanya sudah pernah terlanjur dengan boyfriend dia. Aku baru saja nak meminang dia. Puih! Tak jadi! Jijik!”
Islam tawarkan peluang pada setiap pengikutnya. Kalau dia mahu kembali, maka Islam membuka seluas-luasnya harapan pada dia. Tetapi sesetengah penganutnya memilih untuk menghukum instead of mengampun.
Everyone keep saying, she is a sinner. Dia perempuan kotor, dia tidak layak untuk lelaki yang baik-baik, dia penzina, dia pendosa. Wajarlah dia hanya layak untuk lelaki ‘sekotor’ dia.
Kalau kau rasa kau baik, sepatutnya kau membimbing dia ke jalan yang lebih baik. Bukannya membuang dia. Kita tidak rasa benda itu sebab perempuan itu bukan adik kita, bukan kakak kita, bukan anak perempuan kita.
Macam mana kalau orang hina dan jijikkan perempuan yang di kalangan ahli keluarga kita?
Perkara pun sudah terjadi dan itu adalah kisah silam. Perempuan itu juga telah menyesal, berubah dan mengharap Allah mengampunkannya.
Tetapi kau tidak, berlagak sangat seperti kalau kau berjalan, terapung, berkepak, muka bercahaya. Padahal selfie pun 360.
Allah mengampunkan dosa kita. Tak buka pun, tak hinakan pun kita pada manusia. Kepana pula kita yang melebih-lebih nak menghukum dan menentukan nasib dia?
Kau tidak akan pernah tahu betapa peritnya hati bila tidak diterima oleh masyarakat dan saban hari mendengar tohmahan mereka seperti
“JIJIK”
“KOTOR”
“PENDOSA”
Sehinggalah suatu hari nanti ia akan terjadi pada keluarga kau sendiri. Dan mungkin bila harapan itu tiada lagi dalam agama yang sepatutnya, dia akan mencari jalan yang tidak sepatutnya.
“Banganglah murtad. Tak ada pegangan ke?”
“Orang macam ini layak dibunuh sahaja. Islam saja agama yang benar, bodoh!”
We didnt realise who turn them off. We didnt realise who throw she out, we just judging for the outcomes.
Jangan disebabkan hari ini kita menutup pintu harapan untuk seorang hambaNya, Allah tutup pintu Syurga di akhirat sana.
Sumber OhBulan!
Ya kita faham orang perempuan perlu pandai jaga diri, jaga kehormatan dan sebagainya. Tapi dah nama pun perempuan, mereka perlukan bimbingan, dan mereka amat mudah cair dengan lelaki.
Perempuan kalau dah terlalu cinta dan sayang pada lelaki memang mudah terpengaruh, maka di sinilah peranan orang lelaki untuk membimbing mereka ke jalan yang baik atau paling tidak pun jangan ambil kesempatan atas kepercayaan mereka untuk merosak dan merampas maruah serta kehormatan diri mereka.
Kau boleh lari begitu je kalau jadi apa-apa, tapi mereka kena yang kena tanggung akibatnya. Mereka yang kena hina, mereka yang kena kutuk, mereka yang kena pandang rendah, mereka yang dipandang jijik, mereka yang kena mengandung 9 bulan, mereka yang hilang dara.
Kalau kau dah rosakkan mereka, bertanggungjawablah. Be a man. Jangan jadi lelaki bangsat dan dayus.-buasirotak