Meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Sharing is caring!

Seorang anggota Sukarelawan Simpanan Polis Di Raja Malaysia (SSPDRM) wanita meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan paru-paru ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Kok Lanas di sini.

Sebelum kejadian, mangsa Fatin Nazrinawanie Mohd Nazaruddin, 20, yang bertugas di Balai Kok Lanas‎ pernah dua kali mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terbabit pada 6Mac semalam ekoran mengalami masalah sesak nafas.

Mangsa yang sebelum ini mengadu mengalami bengkak di muka dan sesak nafas, mendakwa dia mengambil vitamin produk kecantikan.

Ekoran aduan mangsa, doktor turut mengambil sampel darah‎ mangsa dan mangsa dilaporkan stabil pada kali pertama kunjungan ke klinik Isnin lalu.

Mangsa bagaimanapun datang sekali lagi ke klinik terbabit semalam selepas mengadu demam dan batuk selama dua hari di samping sakit tekak dan masih dalam keadaan normal walaupun pucat.

Mengikut ibu mangsa, anaknya mengalami batuk-batuk yang kuat pada jam 2 petang semalam dan cuba mendapatkan rawatan semula di klinik kesihatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematiannya.

Mayat mangsa‎ dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan mangsa dipercayai meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan di paru-paru.

Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Comment