Elly Mazlein :Berpisah Tidak Bermakna Harus Bergaduh –Tanggungjawab Suami Pada Anak

Sharing is caring!



Berpisah Tidak Bermakna Harus Bergaduh – Elly Mazlein Syukur Bekas Suami Tidak Abai Tanggungjawab

Sehari selepas Elly Mazlein memberitahu beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan,peminat dikejutkan dengan berita beliau sudah sah bercerai bersama suami Azmi Hatta sekitar tahun lalu.
Walaubagaimanapun, bagi menghormati bekas suaminya, Elly Mazlein enggan mendedahkan butiran serta punca mereka berdua berpisah meskipun baru setahun berkahwin.
Fokus Elly Mazlein kini adalah untuk anaknya dan beliau meluahkan rasa syukur kerana Azmi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Malah, hubungan mereka masih lagi baik demi anak tercinta.
Alhamdulillah kami masih baik. Azmi jaga Elly sampai sekarang, malah sewaktu di wad bersalin  pun dijaga sehingga ke hari ini . Tak semestinya bila sudah berpisah harus bergaduh.
Azmi selalu bersama baby Putri hari-hari, Alhamdulillah. Azmi pun bagus jaga saya dengan baby, itupun saya sudah bersyukur. Alhamdulilah tidak di biarkan.
Pada masa yang sama, Elly Mazlein mahu semua mengenali bayinya dengan nama Putri sahaja dan hanya akan mendedahkan wajah serta nama penuh anak perempuannya itu seminggu selepas tarikh bersalin iaitu 9 Mac lepas.




Leave a Comment