Pelakon Emma Akma, 47, mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan bekas suaminya Omar Ramli, 48, pada 14 Januari lalu setelah 7 bulan mendirikan rumahtangga memetik Bharian.
“Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh.
“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini,”
“Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.
“Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu,
“Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri.
“Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Sebagai langkah pertama, saya membuat laporan polis agar tidak diapa-apakan olehnya.
“Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula, .
“Kalau saya ditakdirkan untuk berkahwin lagi, apa salahnya? Cuma saya berharap lelaki yang hadir dalam hidup saya itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab,” katanya.
Tag : Berita Artis , Bunuh Diri , Emma Akma , Pelakon , Perceraian Artis , Rumah Tangga