
Pasangan Jantan Sama Jantan Ini Sanggup Beri Hantaran RM575K Kahwini Kekasih
JIKA anda merasakan hantaran perkahwinan sekitar RM15,000 itu sangat mahal, namun tidak bagi seorang ahli perniagaan Inggeris ini yang sanggup memberi mas kahwin sebanyak lima juta bath (lebih kurang RM575 ribu) demi mengahwini kekasih gaynya yang merupakan seorang lelaki Thailand.
Majlis perkahwinan pasangan kekasih itu diraikan dalam satu majlis tradisional di Parachinburi pada Ahad lalu.
Memetik laporan Thairath, ahli perniagaan itu, Carl Eden, 35, dan teman lelakinya, Chaiwararit Witawon atau Tony, 29, mengikat tali percintaan mereka di rumah Tony yang terletak dekat Meuang timur laut bandar selepas pasangan itu mula berkenalan menerusi laman sosial Facebook beberapa tahun lalu.
Bermula dengan hanya berhubung menerusi Facebook, pasangan tersebut kemudiannya mula ‘jatuh cinta’ sebelum masing-masing bersetuju untuk bertemu di Bangkok.
Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikat janji dengan melangsungkan perkahwinan ala traditional masyarakat Thailand pada pagi Ahad lalu.
Foto: ThaiVisa
Antara hantaran yang diberikan Carl kepada Tony adalah berupa emas, wang tunai, kereta, rumah dan tanah yang keseluruhannya dianggarkan lebih lima juta bath.
Pasangan ‘suami isteri’ ini diraikan dalam satu majlis bertemakan gaya Cina di sebuah hotel tempatan yang turut dihadiri lebih 500 orang tetamu.
Berkongsi kisah cinta mereka, Tony, seorang pekerja kilang berkata:
“Kami berkenalan di Facebook… kemudian Carl datang ke Bangkok dan kami saling berhubungan selama lebih setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.”
Tony turut meluahkan perasaan gembira kerana dapat berkahwin dengan kekasih hatinya itu dan menjelaskan bahawa semua orang tidak kira peringkat umur dan jantina seharusnya boleh berkahwin dan menikmati kehidupan yang bahagia bersama pasangan masing-masing tanpa ada sekatan.
Pasagan tersebut merancang untuk pulang ke England di mana Carl mempunyai perniagaan kedai bunga, kedai runcit dan sewaan apartmen di sana.
Sementara itu Carl turut menzahirkan rasa cintanya kepada Tony, dengan berkata:
“Saya terlalu cintakan Tony. Ini ada peluang terbaik untuk kami… dan saya sangat gembira berada di Thailand dan menjadi sebahagian daripada keluarganya.”