Robert Pattinson Kahwin Disember Ini?

Sharing is caring!

Setelah hampir dua tahun berpacaran, bintang filem Twilight, Robert Pattinson dan kekasihnya penyanyi FKA Twigs dikhabar akan berkahwin pada Disember depan.

Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan sejak April 2015 ini dikatakan kini sedang sibuk dengan persiapan untuk majlis hari bahagia mereka itu.

“FKA Twigs tidak suka terlalu banyak perhatian daripada masyarakat sejak mereka berpacaran. Mereka kini sangat menghadkan kemunculan bersama terutama di hadapan khalayak.

“Kerana itu mereka memilih untuk menetap di Timur London . Twigs sangat bahagia dan kedua-duanya sudah tidak tak sabar lagi untuk menikah,” ungkap sumber seperti dilaporkan Female First.

Dalam pada itu, sumber berkenaan mendedahkan Pattinson sudah memperkenalkan Twigs pada Kristen Stewart sewaktu menghadiri malam gala acara anugerah Met, baru-baru ini.

“Rob memperkenalkan Kristen kepada Twigs. Rob dan Kristen masih tetap menjaga hubungan baik dan keduanya sudah ‘move on’ dan sama-sama mendoakan kebahagiaan satu sama lain,” tambah.

Robert Pattinson dan FKA Twigs mula menjalinkan hubungan pada akhir 2014, setelah dua tahun aktor itu berpisah dengan Kristen Stewart.

Leave a Comment