
Kejayaan kumpulan TWICE menerusi lagu Cheer Up yang baru dilancarkan sememangnya satu permulaan bagus. Ia sekali gus menempatkan mereka sebagai antara artis paling jadi bualan kala ini.
Ternyata, mereka bukan datang mempertaruhkan wajah semata-mata, namun membuktikan bakat mereka layak diiktiraf.
Terbaru, TWICE membuktikan mereka sebenarnya lebih daripada sekadar penghibur yang bagus. Personaliti mereka turut jadi bualan kerana sangat baik hati.
Itulah yang disifatkan peminat terhadap mereka setiap kali mengadakan sesi beramah mesra dengan mereka.
Contohnya, sewaktu promosi lagu Like OOH-AAH dan Cheer Up, mereka menunjukkan rasa sayang terhadap peminat dan jelas sangat seronok bertemu mereka.