Saya masih bahagia

Sharing is caring!

Pelakon Sharifah Norazleenda atau Lynn menafikan dia sudah bercerai dengan suaminya yang juga orang kenamaan seperti yang diperkatakan ramai sebelum ini.

Lynn, 44, ketika ditemui berkata, dia masih lagi berstatus isteri dan masih bahagia dengan suami yang dikahwini sejak 11 tahun lalu itu.

“Masalah tetap ada di mana-mana sama ada seseorang itu masih solo, janda atau isteri orang. Saya hanya mengikut arus dan kalau ada masalah saya akan bersabar, berdoa, sibukkan diri dan berusaha menyelesaikannya seperti orang dewasa,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Lynn memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

“Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari masalah dan kita mesti hidup dalam realiti serta menerima apa saja ketentuan Allah SWT dengan tenang,” katanya.

Lynn mengakui, apabila berlaku masalah dalam rumah tangganya, dia memang mengelak bertemu media kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih saya berdiam diri,” katanya.

Leave a Comment