Aksi TMJ Bila Dapat Trofi Piala FA

Sharing is caring!



Aksi TMJ Bila Dapat Trofi Piala FA

KEMENANGAN pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas menewaskan PKNS FC dengan kemenangan 2-1 pada final Piala FA semalam benar-benar disambut meriah oleh rakyat Johor.

 Berita mengenai kejayaan skuad Harimau Selatan itu juga membuatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengistiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor.

 Tidak ketinggalan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang dikenali ramai atas sifat terbukanya berkongsikan perkembangan kelab bola sepak JDT, turut ‘menghadiahkan’ sebuah klip video khas sempena kejayaan kelab miliknya itu.

 TMJ menerusi kemaskini terbaharu di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger memuat naik video pendek mengenai aksi bersahajanya yang dilihat agak lucu oleh netizen, seoalah-olah menandakan

“Trofi ini JDT punya”. Tuanku, dalam video berdurasi 52 saat itu dilihat berjalan perlahan-lahan menuju ke trofi piala FA 2016 dan kemudian menepuk-nepuk tanda syabas dengan disusuli senyumannya.

 Rata-rata netizen terhibur dengan aksi “troll’-nya yang mana mungkin sesetengah pihak menganggap perkara tersebut adalah keterlaluan.

 Namun jika anda berfikiran jauh, aksi TMJ ini sebenarnya membuatkan arena bola sepak tempatan bertambah rancak dan pastinya membuatkan lebih ramai peminat tempatan akan mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia, bak kata pengguna Facebook Al Amin;

 “Sama ade kite Perasan atau tidak.. Bile TMJ selalu buat mcm ni (menganjing).. Sebnarnya benda ni membakar lagi semangat kepada pasukan-pasukan lain untuk mengalahkn JDT…

 Maka ia akan lebih merancakkan lagi arena bola sepak Malaysia… Tapi ape pun aku pun tergelak jugak tengok reaksi Muke TMJ 2.. Huhuhu,” tulisnya

             




Leave a Comment