Peminat puji Joe Jonas guna model saiz besar

Sharing is caring!

Tindakan penyanyi, Joe Jonas, 27, memilih model bersaiz besar sebagai gandingannya dalam klip video single terbaharu, Toothbrush mendapat pujian peminat sehingga menjadi viral. Klip video itu menampilkan model bersaiz besar, Ashley Graham sebagai kekasihnya. Peminat menyifatkan Joe bersikap matang dengan tidak memilih model kurus dan cantik yang tipikal untuk ditonjolkan. Rata-rata peminat berterima kasih kepada Jonas kerana membina keyakinan golongan perempuan di mana kecantikan itu bersifat subjektif. Jonas memberi pengaruh positif dan secara tidak langsung menyebarkan mesej bahawa setiap insan berhak mengecapi kebahagiaan. Walaupun ada yang mempertikaikan tindakan Jonas, majoriti peminat mempertahankan pemilihan bekas kekasih Taylor Swift itu. Sehubungan itu, Jonas secara tidak langsung mencuri hati peminat terutama wanita. Klip video Toothbrush nyanyian Jonas yang baru saja dimuat naik di laman sosial Youtube, sudah mencapai lebih sejuta tontontan.

Leave a Comment