Kenapa Adi Putra Dan Isteri Pertamanya Tersenyum?

Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami….terimakasih


Kenapa Adi Putra Dan Isteri Pertamanya Tersenyum?

KUALA LUMPUR: Ketika Adi Putra, 35, terus berdiam diri mengenai khabar mengatakan beliau sudah berkahwin buat kali kedua, tindakannya memuat naik gambarnya bersama isteri, Aida Yusof, 41, ke laman sosial beberapa minit lalu, terus menimbulkan tanda-tanya. 


Apatah lagi Aida sendiri dikatakan tidak mengetahui perihal perkahwinan kedua suaminya bersama wanita yang juga seorang pegawai kerajaan, seperti yang digembar-gemburkan sekarang. 


Begitupun Aida dilaporkan sedar wujudnya hubungan perniagaan antara Adi dan wanita beranak satu itu sejak tahun lalu. 


Dalam gambar yang dimuat naik bersama emotikon senyum itu, Adi dan Aida kelihatan tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku. 


Begitupun tidak dapat dipastikan apakah ia gambar terbaharu ataupun foto lama simpanan pelakon KL Gangster itu. 


Selain Adi, Aida sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gosip pernikahan kedua pelakon lelaki terbabit. 


Sejak beberapa hari lalu, cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar seorang lelaki menyerupai Adi pada majlis perkahwinan tersebar di laman maya. 


Pelakon berkenaan dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan pegawai kerajaan berusia 33 tahun itu, baru-baru ini. 


Wanita itu juga difahamkan ialah rakan kongsi kepada aktor terbabit. Ketika masing-masing mengunci mulut mengenai perkara itu, acara sambutan Hari Raya anjuran kelab peminat Adi, Hotlovers, pula dibatalkan. 


Acara terbabit sepatutnya diadakan semalam di sebuah lokasi ibu kota.

Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami….terimakasih



loading...

Add Comment